Sunday, December 20, 2009

FIGURINES?














Ops! Ni bukan figurines yg boleh dimakan ye puan2...
Tertarik dgn kecomelan mende2 ni saya belilah, nak cuba buat guna fondant. Babies n pengantin tu saya shopping ngan adik2 saya, si Ima, Naim n Idir kt Ipoh bulan lepas. Yg lelain tu beli kat KL je.. Tapi mak saya cukup tak suka ngan frog laki bini tu, sedangkan di mata saya mereka cukup comel! Kata mak saya, mana leh letak gambar binatang kt atas makanan. Saya kata trend mummy, lagipun ni kan gambar katon jer, tak sempurna n tak cukup sifat dan rupa kebinatangannyer.. Mak saya tetap tak setuju.. Boleh ke saya buat gak kalau mak saya tak restu ni? Ni yg confius nie... Takpe, nanti saya slow talk ngan mummy, takpun minta tolong Ima sbb dia pun buat figurine haiwan gak.. monyet, biri2, cookies cat dog pun ada kan Ima?? Tolong ye...
Posted by Picasa

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah













Menyambut Maal Hijrah, saya mendoakan agar keluarga kami sentiasa berada di bawah payung RahmatNya dan sentiasa dilindungi, dilimpahi rezeki, kesihatan dan keberkatan hidup dunia akhirat. Dan untuk kedua ibu bapa saya dan semua ibu2 dan bapa2 sedunia, semoga kamu semua dipanjangkan usia, diberi kesihatan yg baik dan teruslah mendoakan yg baik2 untuk kami, anak2 yg sentiasa mengharapkan restu dan kasih sayang yg harapnya tidakkan luntur walaupun masa terus berlalu...
Salam Maal Hijrah untuk semua.
Posted by Picasa

Wednesday, December 16, 2009

Kek Kukus Lapis Asam













Pada hari yg sama saya buat kek coklat strawberry, makcik saya dari Ipoh datang dgn membawa 10 paket haw flakes. Kelam kabut cari resepi kek lapis asam kat dalam file. Mmg la hari tu saya asyik memasak jer. Sebelum tu saya buat mee jawa. Tak sempat nak ambil gambar. Sbb tak berapa nak rajin, lapis kek ni tebal2 jer... Untuk first trial, rasanya ok kot sbb semua org kata sedap. Saya pula rasa cam manis sgt. Kena kurangkan susu or gula la next time. N kaler purple tu cam pudar jer. So, kena tambah kaler lebih skit la yer..
Posted by Picasa

Kek Coklat Strawberry













Resepi kek ni saya dapat dari buku Saji keluaran terbaru. Rasanya lebih kurang rasa marble kek cuma kalau nak lebih rasa strawberry tu gunalah pes strawberry. Saya cari pes strawberry tu kat Cake Connection Jaya One tapi takde la pulak. So, guna pewarna rose pink je.
Posted by Picasa

Berkelah













Keluar dari PSN, perut mmg dah lapar sangat. Saya mmg dah siapkan makanan utk kami sekeluarga makan berkelah di luar. Nak pergi air terjun, cuaca tak menentu. Jadi, kami makan berkelah kat tasik perdana. Mmg ramai sangat org, maklumlah hari Ahad, cari parking pun susah. Walaupun hanya lunch dengan kuetiaw goreng spesel dan kerang rebus cicah sos bersama air kelapa, tapi saya dpt lihat anak2 sgt happy sbb dah lama tak makan berkelah di luar. Rasanya last makan berkelah dgn adik saya, ima. Kitorg makan bihun goreng kat tasik Jaya tapi masa tu si kecik Azim dalam perut lagi.
Posted by Picasa

Science Show

Hujung minggu lalu, kami sekeluarga meluangkan masa ke Pusat Sains Negara. Memang seronok melihat dan terlibat sama dgn pelbagai aktiviti sains yg tidak menjemukan. Ayuni siap angkat tangan join science show dan dapatlah cenderahati dari pihak PSN. Sedar tak sedar, hampir 4 jam juga kami di sana.
Posted by Picasa

Sunday, December 6, 2009

Menjejak Malam..













Malam yg indah, ditambah kemalasan menyediakan hidangan malam menuntut kami sekeluarga mem'pau' suami tersayang bawa keluar jalan2 cari makan. Suami nak makan di PakHailam Kopitiam tapi saya nak makan kt menara KL, dapat tengok satu KL. N dia bawalah kami ke Bukit Saga. Tempat tinggi, nampak juga satu KL tapi restoren tak pusing2 cam kt Menara KL. Pemandangan cantik tapi makanan laaammmbattt sangat sampai... Habis menjamu selera, kami berposing2 jugaklah 2, 3 round.

Saturday, December 5, 2009

KEK Untuk ACU













Adik lelaki saya, si Eman(anak2 saya panggil ACU) yg bercuti di rumah saya sempena cuti sekolah ni dapat keje part time kat hotel. Boring kot tak tau nak wat pe selain berendam siang malam dalam kolam renang. Lagipun dia nak cari duit lebih nak amik lesen motor. Saya bawa dia g interview dn terus dpt. Dia excited giler sbb dpt mkn free kt hotel 2 kali sehari. Dan utk meraikan ke'excited'an dia tu, malam tu gak saya watkan butter kek utk dia. Saya mmg kureng skit bab2 paipkan buttercream nie.. masih dlm proses memahirkan diri lagi ni. Selamat Maju Jaya adikku.
Posted by Picasa

OREO Cheese Cake













Hari tu dah buat cheese cake yg biasa, so nak cuba pula oreo cheese cake. Mmg sedap! Bancuhan utk 1.3kg ni mmg tak cukup utk kami sekeluarga. Utk kamu2 yg kat luar sana yg kata saya masuk bakul angkat sendiri tu, takpe, saya beri resepi ni utk kamu2 cuba sendiri... Biar kenikmatannya kita kongsi bersama...

Resepi Oreo Cheese Cake

Bhn utk base:
120g biskut oreo (kisar biskut jer, krimnyer takyah ye)
120g mentega cair (panaskan dalam kuali ke loyang ke sampai cair ye puan2..)

Filling:
Bhn A
2 biji kuning telur
120g gula
160ml susu (sukati ler susu segar or susu cair)
Bhn B
250g cream cheese (saya guna philadephia)

2 1/2 sudu besar gelatin (cairkan dalam 6 sudu besar air mendidih)
250g whipping cream (dipukul sedikit)
1/2 sudu bsr lemon jus (guna perasa lemon pun boleh)
Krim dari biskut oreo yg kita guna buat base tadi
2 or 3 keping biskut oreo dipecah2 kecil

Cara2nya:
Utk BASE: Campur jer biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat. Letak dalam peti sejuk spy ia keras ye puan2...
Pastu, masak bhn2 A secara double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati.
Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkn bhn2 B yg lain ke dalamnya. Gaul sebati dan masukkan bhn2 A yg telah selesai didouble boiler tu.
Tuangkan adunan tadi ke atas base dan masukkan dalam fridge semula selama 2-3 jam.

Jeng!jeng! jeng! masa untuk makan! Selamat menikmati keenakkan air tangan sendiri. Costnya mmg mahal skit tapi kalau beli laaaagii mahal! Nak lebih menyelerakan, paipkan whipping krim besar skit dari saiz sekeping biskut oreo dan hias oreo tu kat atasnya.
Selamat Mencuba!


Posted by Picasa

Thursday, December 3, 2009

CHEESE CAKE











Konon2nya nak wat kek cheese yg special utk adik lelaki saya, si Hidir tu tapi sbb lama sgt tak buat, so salah bancuh skit, maybe gelatin kureng, kek pun cair skit. Tapi, rebut2 tau adik2 saya makan kek nie. Buah peach tu kalau tambah dgn buah kiwi n strawberry lagi cantik tapi fhm2 jer la, kt kg saya manalah nak cari buah2 tu... Skrg kt kg saya musim buah rambutan, manggis n langsat. Hias dgn buah2 tu pun apa salahnya kan?
Posted by Picasa

CUPCAKES for AIDILADHA













Ini pula tempahan Ayu untuk makcik yg jaga anak2nya. Simple jer sebagai buah tangan sempena menyambut Aidiladha yg lalu. Hari nak membuat cupcakes ni, si Azim demam teruk, mulut pecah2 lagi. Dia asyik menangis jer... Bila dia tidur cepat2 saya buat... Bila dia terjaga kena cpt2 peluk dia. Huh! Dekat pkl 4 pagi baru selesai. Esok paginya, pukul 9 saya dah kena hantar.
Posted by Picasa

KEK ANNIVERSARY














Kek ini, staff saya, Ayu tempah khas untuk anniversary mak & abahnya. Dia nak chocolate moist dihiasi bunga fondant. Sebenarnya dia nak kek fondant biru dgn bunga rose pink tapi last minute dia nak yg camni. Ok la tu... Kek ni seberat 1.25kg dan saya ambil masa 2 hari untuk buat bunga dan daun (lebih senang nak decorate fondant selepas 2 hari). Kek tu sejam lbh dah siap. Coklat ganache yg menyaluti kek ni sesuai untuk perjalanan jauh, tak cair. Ayu nak bawa balik ke Negeri 9 dan selepas 2 hari pun kek ini masih kekal camni.
Posted by Picasa