Monday, November 23, 2009

Friday, November 20, 2009

MY GIRL

Ayuni bersama piala anugerah pelajar cemerlang peringkat Seputeh & Bkt Bintang dan tmpt ke2 acara silat.
Posted by Picasa

MINI GRADUASI AYUNI

Uish! Overnyer! Yuni menerima anugerah pelajar cemerlang kategori membaca. Tahniah dari mama untuk anak yg bijak dan pintar ni.

Yuni kata bila besar nanti nak jadi cikgu kat Universiti Malaya. Ooo... kalau mengajar kat universiti kita panggil pensyarah. Mama sokong, tapi kalau boleh lepas abis degree, ambil master pastu PHD ye sbb mama tak sempat nak sambung sampai tahap tu... Kalau tak boleh pun takpe, ikut kemampuan Yuni la k..
Posted by Picasa

ANNUAL DINNER













Saya dan kawan2 di annual dinner di Hotel Grand Dorsett Subang. Memang meriah tapi saya cuma dapat goodie bag jer. Yg best makanan2 yg disediakan mmg menepati citarasa saya & member semua. Sedap! Nampak tak girl yg pakai mahkota tu? Dia menang dress terbaik bertepatan dgn tema malam tu 'glittering stars'. Congrate!!
Posted by Picasa

Kek Untuk OPAH













Kek dari Yop, Yuni dan Azim untuk opah. Anggaplah tulisan tu tulisan Yuni...
Kek dan bunga fondant dari tangan saya sendiri. Memang tak sesuai, tapi tu jer bunga yg dah sedia ada kat rumah. Tak sempat nak buat dan decorate pattern yg canggih2...
Posted by Picasa

CUPCAKE LAGI
















Petang smlm adik saya call nak tempah cupcake kosong sbb dia tak boleh nak buat sendiri, mixer rosak. Maklumlah sblm tu dia sibuk ambil tempahan 100 cupcakes + 100 cookies. Kebetulan kerja saya habis kul 10 mlm. Kul 10.30 baru sampai rmh tapi mengenangkan dia adik saya, saya buatlah juga. Saya buatkan juga kek untuk mummy saya. Alang2 adik saya balik kg bolehlah bagi mak saya rasa kek chocolate moist saya.
Hari ni juga besdei Hidir, adik lelaki saya tapi tak sempat nak buat kek tapi saya janji raya haji nanti saya sediakan sebiji cheese cake yg special. Hehehe...
Posted by Picasa

Thursday, November 12, 2009

Sambungan..


Kami di sini!







Kita semua perlu masuk ke sarang sekarang juga.









Ye, berbaris dan masuk ke sarang masing-masing.








-TAMAT-
Posted by Picasa

Kisah LEBAH

Eh! Apa nie?
Kami memang seperti ini sebelum menjadi seekor lebah.









Nampak tak kawan2 saya? Saya sedang mencari mereka.












Kemanalah mereka pergi. Saya sudah sesat.
Posted by Picasa

The Ninja

Dia rasa ensem sgtlah conteng2 muka camtu. Tak tau la bila masa dia mencapai marker pen saya (utk label kotak pindah rmh). Bila kita ambil marker pen tu dia mengamuk. Saya pun bawaklah dia tengok cermin. Pas tu baru dia diam. Terpesona kot tengok rupa diri...
Posted by Picasa

The Garden Fondant














Apsal nama dia The Garden? Itu jer nama yg terlintas kat fikiran saya masa ni. Tadi, saya belek2 simpanan fondant dan tengok ada balance yg buat utk Yop hari tu. Jadi, untuk memahirkan jari jemari saya yg cam kayu ni, saya pun cubalah buat rekaan yg mencabar skit. Dah cuba bunga ros, bunga daisy.. hah! kali ni nak cuba bunga calla lily lak dan jeng jeng... inilah hasilnya. Tambah bunga2 kecil dan seekor rama2 putih menyerlahkan lagi ke'garden'an kek ini. Disekeliling bawahnya dibaluti riben senada warna lipatan kain.. oren you!
Yang ni saya simpan utk sambut adik2 saya dari Putrajaya Sabtu ni. Jangan tak datang yer adik2ku... Anak buah saya tu takleh makan kek ni. Untuk si Ayel cayang nanti mama yong masak yg lagi spesel k.
Posted by Picasa

Daisy Cupcakes














Boring dan rasa cam nak bake cake. Hmm.. why not making cupcakes for Scomi staff, member2 hubby saya. So, sume brg2 pun ada.. campak, campur, gaul sume jadilah cupcakes. Saya tambah chocolate chips skit spy taklah kosong sgt butter cake saya. Kalau ada blueberry jem tadi ble gak taruh kat dalam diakan..
Untuk deco mulanya nak buat daisy putih, tapi baru buat skit dah kena serang ngan garuda (si Azim ler). So, saya stop olah fondant, siapkan si Azim dan flykan dia ke rumah baby sitter.
Dan barulah saya sambung keje saya ngan aman dan tenteram. Boring dah ngan warna putih, saya kalerkan fondant tu jadi kuning. Ni kaler favorite mak saya ni... . Cupcakes tadi saya paipkan dgn whipping coklat btk spiral jer. Pas tu tepek je ngan bunga tadi. Tambah daun skit. Siap! Esoknya cupcakes ni naik motor ke Damansara Height.
Posted by Picasa

Mama Carie

Menjelang raya haji ni nak juga buat biskut. Jadi eksperimen pertama saya ialah biskut mama carie. Dari zaman remaja dulu dah mmg teringin nak buat biskut ni tapi tak sempat. Dah beanak 3 ni barulah impian terlaksana. Walaupun rupanya masih belum ayu jelita tapi rasa dia mmg best! Saya ambil resepi dari dalam internet ni jer... Bawa skit kat tmpt keje dan member2 saya pun suka. Anak2 saya yg mmg hantu biskut tu apatah lagi. Kuantitinyer dah tinggal nyawa2 ikan jer... mmg kena buat lain utk bawa balik kg dan bg kat mak mentua.
Posted by Picasa

Sunday, November 8, 2009

HARI KANAK-KANAK














My 2nd fondant cake. My son request for his school children's day. Sbb baru belajar so buat very2 simple one. Bertemakan utk budak2 so deco kat tepi2 tu saya tak salut fondant penuh, bagi nampak skit chocolate ganache yg ditaburi bintang2 warna warni (tak sempat zoom). Sekeliling kek tu saya lekatkan cococrunch dan atas kek yg cam tahi lalat tu, chocolate chips tau! Pukul 3 pagi jugaklah baru siap sbb si Azim tak mau tido walaupun dah kul 12 tgh mlm. Selagi dia sedar, kek saya berada dalam zon bahaya. Walaupun hasilnya tak smooth mana, saya akan usaha lagi utk hasilkan kek fondant yg lbh cantik. Cikgu kata nak order kek untuk harijadi anaknya. Nanti kita tengoklah camane pulak hasilnye yer...
Posted by Picasa

IT BOY

Azim suka sangat dengan 'laptop' ni. Ni dulu abang punye. Mmg bagus belajar guna benda alah ni. Yuni start guna ni masa umur 31/2 tahun. Bila masuk tadika tak blur2 lagi. At least dia tak kacau mama n ayah guna pc.
Posted by Picasa

YOP punye!













Anak bujang saya mmg penggemar no.1 roti bakar+telur 1/2 masak ni. Kt rumah saya dah jarang buat sbb telur2 sume stok utk buat kek n biskut. Kdg2 hubby saya cilok utk buat telur bistik. Yelah, wife dia bz keje, itu yg ade, itu jelah yg dia masakkan utk anak2. Smlm saya masak opor daging dan ikan goreng tapi takde gambar, sume dah kena cekik. Sekarang ni saya mmg jarang sangat masak kt rumah. Hari ni cuti, jam 5 pagi saya dah bangun sbb Azim merengek nak susu. Pas dia tidur saya terus kemas rumah, basuh kain, masak nasi goreng dan buatkan teh earl grey untuk sarapan buat hubby tercinta. Rasa best sbb dah lama tak buat breakfast utk family. Bila Azim bangun jer, saya dah tak boleh buat apa2. Dia nak menepek kat saya jer..
Posted by Picasa
Posted by Picasa

PAU lagi...













Kami sekeluarga ni mmg fanatik skit kat pau ni.. yg ni wholemeal pau, berkhasiat krn kaya dgn serat. Apa yg pasti ia mmg sgt2 lazat. Nak order? Hehe.. saya manalah pandai buat pau2 nie, jadi lempeng lak nanti. Disbbkn kami selalu ke Low Yat cari brg2 komputer or DSLR, wajib sungguh singgah ke Pak Hailam Kopitiam untuk makan pau ayam nie. Cubalah, skrg promosi RM1 satu. Biasa RM2.50. Kat sana juga ada macam2 sajian yg ala2 Old Town White Cafe. Boleh kata, semua kami dah cuba. Lagi satu cawangan dia yg kami suka pergi, kt dalam Tesco Ampang. Jom cuba!
Posted by Picasa

3 SEKAWAN













Nilah 3 sekawan yg suka berlawan2. Merekalah yg selalu memeningkan kepala dan mereka jugalah yg menghiburkan hati saya dan suami...
Posted by Picasa

Dadih jagung laici













Dah lama betul saya tak buat dadih ni. Dulu pernah la buat dadih ni dan jual kat koperasi tentera. Sebln pas tu saya beli kabinet dapur. Tapi pas dapat anak no 3 yg sgt2 'baik' ni jangankan dadih, nak masak air pun kena fikir 2,3 kali. Dia ni saya tak tau la anak saya atau anak cicakman, kalau boleh silingpun nak dipanjatnyer. Citer pasal dadih ni, ingatkan masih cam dulu main campak2 jer jadi.. tapi kali ni manisnyer mak aiii! Mmg boleh kena potong kaki kalo mkn 10 bekas. Siapa yg masukkan gula? Kan saya dah masukkan tadi? Disbbkan sukatan gula double faham2 je la manisnyer.. Tapi kawan saya kata masih sedap, cam rasa aiskrim. Agaknyer dia saja jaga hati saya... Kan AYU?
Posted by Picasa