Wednesday, September 23, 2009

Khairul Nur Ayuni












Ayuni baru balik sembahyang raya ni. Ayuni solat dengan wan kat surau Taman Bukit Teratai, Ampang. Ni, tak sempat masuk rumah, mama dah snap gambar.
Posted by Picasa

Khairul Izz Arif












Jejaka yg berjubah ni baru pulang dari mengerjakan solat Aidilfitri. Nampak macam budak yg sangat2 baik... Ye ke?
Posted by Picasa

Azim berjubah putih











Susah tau nak ambil gambar Azim berjubah dan berserban. Ni pun dah kira baik dapat snap curi2...
Jubah ni hadiah from Mekah daripada Opah Nah dan Tok Pie.
Posted by Picasa

Di Pagi Raya

Posted by Picasa

Tuesday, September 15, 2009

Anakku Merdeka Contest


Kalau ada yg berminat nak join contest ni jom join! (Last minute dah ni...)

"Anakku Merdeka" Contest (27 Ogos - 27 September 2009)- tarikh dilanjutkan
Sempena Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-52 (dan juga sempena birthday Catlina yang jatuh pada hari tersebut :) ngeh ngeh..),KedaiGambarKami akan menganjurkan peraduan "Anakku Merdeka" bermula 27 Ogos - 27 September 2009.Sebenarnya kami nak buat dateline contest ni on 31 ogos, tapi terlambat post entry ni sebab Marketing & Promo Director (ewah!)asyik outstation jek! huhuhu...

Syarat - syarat:1.Terbuka kepada semua blogger warga Malaysia termasuk yang berada di luar negara.(Kos penghantaran hadiah bagi blogger yang berada di luar negara hendaklah ditanggung oleh blogger itu sendiri).
2.Copy contest banner di atas (click je atau left click pada gambar, kemudian save image as).Letakkan pada side bar blog anda.
3.Linkkan blog ini dalam blogroll/bloglist anda.
4.Buat entry khas bagi contest ini , linkkan blog ini dlm entry tersebut dan lengkapkan slogan ini tidak melebihi 100 patah perkataan: "Kami bangga menjadi anak Malaysia kerana..................." kawan2, syarat ni diedit semula kerana rasanye agak susah nak buat slogan panjang2 :)...so syarat baru ialah..lengkapkan slogan di atas dlm 20 patah perkataan shj ye?
5.Uploadkan sekeping gambar anak(anak-anak/anak saudara/sepupu/anak buah/adik/anak menakan heh) anda dengan aksi bersahaja/ patriotik/comel bersama bendera Malaysia.(Umur anak : newborn - 6 tahun sahaja).Nyatakan nama & umur anak (anak-anak)tersebut.
6.Setelah siap, postkan komen pada entry contest ini dan kami akan menyemak penyertaan anda.
7.Hanya 16 penyertaan yang akan dipilih ke peringkat akhir dan pengadilan bagi menentukan pemenang(satu pemenang sahaja) adalah melalui pemarkahan gambar dan slogan yang anda hantar oleh 3 orang juri profesional (akan diumumkan kemudian).
8.Keputusan akan diumumkan setelah juri - juri selesai proses pengadilan.Sekiranya terdapat keputusan "tie"/ seri, maka pemenang akan dipilih berdasarkan slogan paling kreatif.
**Diedit semula pada 15 September 2009
1.Tarikh tutup contest dilanjutkan sehingga 27 September kerana kami akan bercuti hari raya mulai 17September, so maybe tak sempat keluarkan keputusan masa tu.

2.Hadiah juga telah ditambah, menjadikan keseluruhan menjadi 6 hadiah!
Hadiah utama :Sebuah pocket photobook yang bernilai RM129.00
2 x Hadiah kedua:Baucar tunai RM35.00 bagi pembelian pocket photobook atau coffee table photobook3 X Hadiah Ketiga :Baucar Tunai RM20.00 bagi pembelian pocket photobook.Jom sertai sekarang!cepat2 snap gambar! :)

Anakku Merdeka Contest














Nama : Khairul Nur Ayuni
Umur : 6 Tahun

Hari ini hari terakhir untuk join contest blog suami isteri yg suka ambil gambar. Gambar Ayuni ni dirakam di sekitar tugu negara baru2 ni. Harap2 memenuhi kriteria tuan punya blog ye...

Slogan:
Kami bangga menjadi rakyat Malaysia kerana negara ini berdaulat dan bermaruah, maju dan terus gemilang di peta dunia serta kaya dengan tradisi dan budaya pelbagai kaum.
Posted by Picasa

Saturday, September 12, 2009

WAJAH2 KEPENATAN
















Kesian.. Mood penting utk sebuah sesi fotografi yg sempurna. Kalau mood tak ok, badan penat sampai senyum pun tak larat camnilah hasilnya... Nasib baik bdk2, dan lebih nasib baik lagi anakanda patik... Hmm, utk panduan semua, jgn sesekali berfotografi ketika mood dan tenaga badan tidak mengizinkan.
Foto2 yg akan datang berkisarkan sekitar hari raya. Utk itu, selamat berpuasa buat mrk yg berpuasa dan selamat menyambut aidilfitri yg bakal tiba.
Jumpa lagi.
Posted by Picasa

KANDID!















Fotografi hari tu mmg memenatkan! Bukan adik2 ni jer yg tergolek terlentang, jurufoto pun tumpang sekaki lelapkan mata. Ni kat Tasik Perdana. Kat Tugu Negara lagilah lelap. maklumlah beralaskan batu marmar yg sejuk. Utk makluman semua sesi fotografi bermula jam 12.30 tgh hari sehinggalah 3.30 ptg.
Posted by Picasa

ANAK MALAYSIA

Puteriku yg seorg ni mmg kuat semangat patriotiknya. Maklumlah masih dalam bulan kemerdekaaan. Dari awal sesi fotografi sehinggalah tamat, dia sentiasa menggenggam jalur gemilangnya. Utk sesi2 tertentu, terpaksalah memujuk letak tepi dulu ye bendera tu...Posted by Picasa
Posted by Picasa
Posted by Picasa
Posted by Picasa
Posted by Picasa
Posted by Picasa
Posted by Picasa

2 BERADIK















Inilah hasil penggambaran fotografi 090909 yg lalu di sekitar Taman Tasik Perdana. Walaupun awalnya susah juga nak cari chemistry 2 beradik ni tp bolehlah... Memandangkan fotografi berjalan dalam bulan Ramadhan, mmg byk dugaannya tp kami ber-3 berjaya juga berpuasa walau badan bermandi peluh dan adik2 ni dh menangis kehausan...
Posted by Picasa

Tuesday, September 8, 2009

FOTOGRAFI - SIBLING

Oh! Ye, tentang fotografi percuma utk 3 jenis pakej tu masih ada. Saya akan umumkan syarat2 penyertaan dalam masa terdekat. Hari ni, agak sibuk utk fotografi 2 org adik beradik (usia 6 thn dan 9 thn) di sekitar Tasik Perdana. Nanti saya akan siarkan foto2nya.

Monday, September 7, 2009

KLCC

Posted by PicasaMemandangkan telah dimaklumkan bahawa tiada sambutan menyambut kemerdekaan ke-52 pada 31 Ogos ini, saya mengambil kesempatan meninjau kota kosmopolitan menjelang beberapa hari sebelum malam kemerdekaan. Saya menjangkakan pastinya Kuala Lumpur dihiasi indah dengan rentangan kain 1 Malaysia dan kibaran jalur gemilang di mana2, namun jangkaan saya jauh tersasar. Walau masih tergantung bendera di tiang2 lampu jalan2 utama, di bangunan2 gah (antaranya KLCC) dan beberapa premis perniagaan, namun terlalu sedikit aura merdeka warga KL berbanding thn2 sebelumnya. Suram...
Jika benarpun, kita dilanda wabak virus dan kepenatan menjalani ibadah di bulan Ramadhan, jiwa merdeka itu patut terus dijelmakan walaupun tanpa perbarisan dan perarakan, walau tanpa laungan jam 12 tgh mlm. Renung2kanlah...

TERATAI

Posted by PicasaSewaktu dalam perjalanan berbuka puasa di Enterprenier Park, Kuchai Lama, lensa kamera saya begitu teruja sekali melihat kembangnya sekuntum bunga teratai yang tumbuh subur di kaki lima sebuah kedai. Dan malamnya, selepas berbuka puasa dgn nasi ayam hainan, saya mengintai bunga ini yg sudah menguncup. Sayang, tak sempat merakamkan aksi kuncupnya kerana si kecil saya sudah merengek2...

Friday, September 4, 2009

Great Opening Promotion!

Bersempena pembukaan blog saya yg pertama ni, ada great opening promotion untuk mereka yg sudi melayari blog ni. 3 org akan dipilih (pastinya memenuhi kriteria2 yg akan ditetapkan) utk mendapatkan khidmat fotografi saya secara PERCUMA! Satu pakej utk perkahwinan, satu pakej pertunangan dan satu pakej fotografi keluarga atau friends. Bagaimana ye nak dapatkannya? Mudah saja.. Teruslah melawati blog ini dan kriteria2nya akan saya umumkan tak lama lagi... Tungguuu!

First note

Salam buat semua...
Buat mereka yg meminati dan mempunyai kecintaan yg tinggi dalam bidang fotografi atau mahukan khidmat fotografi silalah intai2 dalam blog ini. Pastinya untuk anda ada sesuatu yg istimewa, khidmat fotografi dgn harga berpatutan yg tak wajar anda semua lepaskan. Macam2 ada... serendah PERCUMA hinggalah ke pakej2 yg akan saya maklumkan nanti. Selamat berlayar di blog ini ye...