Saturday, October 31, 2009

BOLEHLAH...














Nilah antara hasil air tangan saya minggu lepas.
Posted by Picasa

CAKE OH CUPCAKES














Bulan ni jer saya berhabis dalam RM400 kot untuk sumer barang2 di atas. Tu tak masuk yuran belajar buat fondant kek tau. Oven dan mesin pemutar tu hubby dah beli tahun lepas. Mmg excited skit sbb dari kecik mmg minat buat2 kek n kuih ni. So, rumah saya akhir2 ni berbau kek jer lah. Anak2 siap order nak bawak skolah dan ke kelas mengaji. Sedap la tu agaknyer...
Dan dalam kepala dah ade beberapa jenis kuih dan kek untuk bawa pulang ke kampung sempena hari raya haji ni. Tapi tak tau la masa mengizinkan atau tidak. Almaklumlah, kerjaya saya akhir2 ni menuntut masa yg lebih di opis... Masa rehat, saya rehatkan mata mengadap resepi2. Tiba2 rasa nak belajar buat puding dan kek jelly yg cantik2 tu.. Ops! Nanti la dulu, kasi expert buat kek dulu la kan. Kelmarin kek buah saya tak berapa menjadi. Konon2 nak jadikan fondant kek tapi alahai... camana pun kek chocolate moist tetap maintain. Sedap tau resepi kak wan!
Posted by Picasa

Friday, October 16, 2009

La..Pe ke hal nye ni?













Uishk! Kalau ye pun kena gigit kerengga, cover la skit dik... Ni kalau mamat2 kampung lalu lalang pun tak ingin nak wat awek. Apatah lagi makcik pakcik, mmg sure reject wat menantu... Sapalah mak pak dia ni?
Posted by Picasa

KHAIRUL NUR AYUNI BERBAJU RAYA













Kalau adik saya bleh join contest si comel berbaju raya, saya yg tak kurang comelnya ni (perasanlah pulok) pun nak mencuba nasiblah juga. Umur pun atas pagar jer, 6 tahun. Ni gaya beraya di kampung ayah di Kuala Pilah. Siap angkat kelapa nak menunjukkan betapa kampungnya saya bila pulang ke kampung.

Nama: Khairul Nur Ayuni
Umur: 6 tahun
Posted by Picasa
Posted by Picasa

MALU LA MAMA













Mama: Pusinglah sayang, 1 gambar jer...
Azim: Takmo... Azim malu la mama...
Mama: Ape nak dimalukan... ramai baby tau yg join contest ni... pusing sayang...
Azim: Ala, mama nie... takyah la...
Mama: Cepatlah sayang... sekali jer...
Azim: Oklah, sekali jer tau...
Posted by Picasa

KHAIRUL AZIM BERBAJU RAYA



















Setelah berhempas pulas memujuk Azim untuk bergaya dengan baju rayanya, akhirnya dengan penuh gaya seksinya Azim memberi pose ini.

Mama: Sayang, mana seluarnya?
Azim: Kata nak ambil gambar berbaju raya, tak kata pun berseluar raya...
Mama: Alahai anak omak...

Tak taulah gambar ni terkeluar kategori ke apa, tapi mama dah penat nak kejar Azim lagi. Inilah gambar yg boleh mama pertaruhkan untuk aksi si comel berbaju raya.

Nama: Khairul Azim Bin Zuriman
Umur : 1 tahun 8 bulan
Posted by Picasa

Si Comel Berbaju Raya Contest

Cara Penyertaan
Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)
  • Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
  • Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.
  • Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.

Syarat Penyertaan

  • Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda
  • Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
  • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu)
  • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified)
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.
  • Klik sini untuk Q &A
Hadiah

Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-Necklace by S daripada Sherry
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie
-Pretty Birdie Earrings daripada Niko
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Misteri
Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..more info
Posted by Picasa

Thursday, October 15, 2009

Si Comel Berbaju Raya Contest

Saya teruja juga untuk join contest ni. Sepatutnya hari ni last day tapi dilanjutkan sehingga 18 Oktober. Ok lah tu, sempatlah saya menghantar gambar anak teruna saya berbaju raya. Aktiviti blog memblog ni sebenarnya, adik saya si Ima (Shakeymirza) tu yg banyak tolong. Mekaseh la babe... Tadi pun saya call dia minta tolong itu ini.. pasal blog nilah.. Siap bagi password lagi..
Hmm... nak ambil gambar si Azim berbaju raya memang susah. Dia asyik lari ke sana sini... Nak kejar dia satu hal, gambar pun goyang2... Ishk! Saya kejar lagi, pusing2 satu rumah.... dia lari lagi...

Monday, October 12, 2009

ANAK KUCING













Sedang saya sibuk mempacking barang2 untuk pindah rumah, si Azim pun ambil kesempatan melepak dalam kotak. Tengoklah, baik punya landing sambil membacalah konon. Hem...
Posted by Picasa

GOLEK2 SYAWAL

Posted by Picasa

KUALA PILAH













Raya tak habis lagi! Dah puas beraya di KL dan Perak, sekarang kami sekeluarga terjah negeri 9 pula. Dari Tampin ke Kuala Pilah, kemudian ke Senaling. Ini panorama tengah hari di Kg Gamin, K.Pilah. Memang kampung betul. Baju kurung Ayuni penuh kemuncup satu badan. Tapi dia kata, "mama, padi2 ni lekat kat kain baju Yuni". Padi??? Oh my God, kemuncup la.. Abangnyalah yg bersusah payah mencabut kemuncup2 tu semua...
Posted by Picasa

Friday, October 9, 2009

PAU YIK MUN













Abaikan jari jemari budak yg pegang pau ni. Nak citer pasal pau yik mun yg cukup terkenal di Tanjung Malim. Sblm balik ke KL hari tu, kami sempat singgah di restoran Yik Mun dan menikmati pau2 yg selalu jd sebutan ni. Sedaplah jugak tp harga dia... huh! Mahal skit la... Kalau sesapa yg tersesat atau sampai ke Tg Malim bolehlah cuba (Yik Mun kena bagi komisyen kat saya ni..)
Posted by Picasa

Wednesday, October 7, 2009

AIMAN & AZIM













Tengoklah, adik bujang saya dah kepenatan menjaga anak kecik saya yg tak reti duduk diam tu. Di kesempatan nilah, saya lari2 gi snap2 gambar... Tapi bila dengar nyaring jeritan anak saya, saya terpaksalah patah balik gi dukung dia. Ntah napelah dia tak mau dgn ayah dia... Tensen!
Posted by Picasa

FAROUK & WIFE

Posted by Picasa

WIFE FAROUK



















Ishk! Saya lupa nak tanya nama wife dia. Actually, mmg kelam kabut sikit hari tu. Anak kecik saya pulak asyik nak bergayut kat kaki saya. Nak gerak gi mana2 pun susah. Dpt snap gambar pun skit2 jer..
Posted by Picasa

FAROUK KAHWIN



















Farouk ni anak jiran nenek saya yg tinggal di Kg Bidara, Parit. Abang dia dulu classmate saya. Skrg dah tinggal kat oversea, Korea rasanya. Kebetulan masa balik raya ritu dia kawin, dapatlah saya datang ke majlisnya yg meriah tu. Wife dia ni cantik dan berseri2...
Posted by Picasa

PAKSU



















CAKK! Ni dia paksu kesayangan kami semua yg cukup terer bab masak memasak ni. Dari masakan tradisional hinggalah western food semuanya pejam mata pun dia bleh masak. Selain dari kelebihannya itu, dia juga seorang jururunding yg profesional. Nak minta pendapat dia, dia bagi komen free jer..
Posted by Picasa

BBQ













Ni kira masakan istimewa di rumah terbuka maksu di Kg Merua, Parit. Memang menyelerakan, itu belum tengok lagi tukang masaknya yg hensem tu... Nak tengok? Pejam mata...
Posted by Picasa

Friday, October 2, 2009

Taburan di pusara nenda












Inilah hirisan daun pandan dan kelopak mawar merah sebelum di tabur di pusara.
Posted by Picasa

Ayuni di pusara onyang












Walaupun hanya berkesempatan beraya di kampung menjelang raya ke-10, saya tak lupa membawa anak2 menjenguk pusara nenda tercinta. Suasana sekitar jam 8 pagi itu tenang dan nyaman. Namun, masih terdapat hirisan daun2 pandan dan kelopak2 bunga yg sudah kering di atas pusara2 di sana...
Posted by Picasa

Bila Mummy nak datang lagi?














Potret ini diabadikan ketika saya, adikku Ima dan anak2 kami menghantar bonda di KL Sentral. Mak balik Perak menaiki KTM bersama Hidir, adik lelaki kami yg boleh diharap menjaga emak. Tengoklah si Airell, liuk lentok di bahu ibunya yg penyayang. Ye lah tu...
Posted by Picasa

Kuih di pertengahan raya..












Awal2 raya dulu, kuih2 ni tak pandang sangat sbb sibuk melayan rendang, lemang, ketupat, nasi impit dll rakan seangkatannya. Tp di pertengahan raya ni, kami sekeluarga dah mula asyik buka almari, goncang2 tin cari biskut raye...
Posted by Picasa